memasak dengan penuh perasaan cinta kasih sayang...



















Thursday, September 22, 2011

RENDANG MINANG

BAHAN2
5 kg daging pejal
500gm bawang kecil
2 labu bawang putih
3 ketul kunyit hidup @ 1" seketul
5 ketul halia @ besar ibu jari kaki seketul
5 ketul lengkuas @ besar ibu jari kaki seketul
15 batang serai saiz sedang
5 helai daun kunyit saiz sedang
15 helai daun limau purut saiz sedang
5 genggam cili padi
2 sendok cili kering yg sudah d kisar
3 sudu serbuk kunyit
garam secukup rasa
2 keping asam gelugor
Santan dr 15biji kelapa (perahan 1 dan 2 shj)
atau 4kg santan siap + 4 liter air
CARA2
Bahan untuk d kisar (hiris dulu kecuali cili padi)
...cili padi
...bawang kecil
...bawang putih
...kunyit hidup
...2 ketul halia
...2 ketul lengkuas
...5 btg serai
...baki halia ,lengkuas,serai..d titik/ketuk pecah
Daging d potong dadu 1" d basuh bersih toskan dan d perap
bersama bahan kisar + kunyit serbuk
Jerang santan dlm kuali d kacau selalu supaya tidak melekat dan hangus dan masak sampai pecah minyak (nampak minyak nya terbit d atas permukaan santan yg nampak pekat dr asal)
Masukkan daging yg d perap tadi bersama baki halia, lengkuas, serai serta separuh daun limau purut dan daun kunyit >d koyak2
masak lah rendang atas api sederhana sambil d kacau selalu agar tidak hangit
perisakan garam nya bila daging separuh empuk
bila daging empuk masukkan asam keping
agak2 separuh kering masukkan baki daun limau dan daun kunyit
proses ini lebih kurang 2jam
rendang basah ini dah boleh d makan waktu ini
kalau berhajat nak keringkan teruskan lagi
TAPI
kecilkan api supaya dapat hasil yg cantik hitam
PERLU D INGAT
RENDANG INI TIDAK D MANISKAN DGN SEBARANG GULA
KEMANISAN TERBIT DR PENGGUNAAN SANTAN YG BANYAK
ATAU KERISIK
KakEnchom tidak guna kerisik kerana santan yg byk
dah menerbitkan minyak yg byk
PESANAN
cili api dan cili mesen ikut citarasa anda
kakenchom guna lebih cili padi
dari cili kering mesen

...Itu lah cara KakEnchom...



Thursday, September 8, 2011

Kenduri Aqiqah Ammar & Doa Selamat (Hanan &Fitri pulang ke GONTOR)Sabtu 3hb Sept 2011

MENU
Nasi beryani
Nasi putih
Kari kambing
Kurma ayam
goreng berlada bilis+kacamg tanah+tempe+kerepek ubi
Jelantah
Coleslaw
Bubur pulut hitam
Soft aiskrim (homemade)
Apam johol aka apam daun rambai
Tapai pulut
Air oren

(apam johol & tapai pulut bukan hasil tangan KakEnchom)


Wednesday, September 7, 2011

NASI BERYANI

untuk 50 > 60 org

Bahan2
5kg beras basmathi
drendam sbentar (30>40 min)**
500gm minyak sapi..sebaik nya QBB Ghee
4oogm minyak masak biasa
2 tin susu cair
1 mangkuk bawang kecil...hiris
1/2 mangkuk bawang putih...hiris
1/2 mangkuk halia...hiris
5 btg kulit kayu manis @1"
5 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
10 biji buah pelaga
2 biji bawang besar dpotong besar
2 sudu makan rata lada hitam...pilihan
1 paket rempah Adabi beryani @100gm
garam scukup nya
air scukup nya*
5 helai daun salam...pilihan
1/2 cekak daun pudina
1/2 cekak daun ketumbar...pilihan
1 botol pewarna egg yellow
1 botol air mawar 200ml...pilihan
kismis...pilihan
badam/gajus...pilihan
bawang goreng

cara2
(ddalam kuali)
panaskan minyak sapi n minyak biasa
tumis 4 sekawan
masukkan 3 sekawan
bila agak2 nak kuning garing,padamkan api
masukkan rempah beryani..sentiasa dkacau supaya tidak hangus
(ddalam periok lain)
masukkan beras yg telah dbersihkan
campurkan susu & air yg mengikut sukatan*
masukkan daun pudina,ketumbar,salam
campur bahan tumisan dr kuali tadi..juga lada hitam dan bawang besar
...gaul rata...
perisakan garam nya
tanak lah hingga masak
biarkan sepuluh minit...
tabur kismis/gajus goreng jika suka
buat 3 lubang pada nasi dgn tangkai senduk kayu
curahkan pewarna pada 3 lubang tersebut
curahkan air mawar serata keatas nasi
tutup periok smula
slepas 20 min ..kareh nasi perlahan2 hingga sampai kelantai periok
warna kuning akan bertaburan d seluruh nasi
semasa menyendok hendak lah d ambil dr tepi bawa k tengah
bukan ambil atas dulu..
tabur bawang goreng semasa menghidang

Lauk Pauk iringan
dalca
kari/kurma kambing
kari ayam/daging/kurma ayam/daging
ayam masak merah/ayam goreng berempah
jelantah
popedum
ikut suka masing2

catatan*sukatan air
ikut paras air pada periok jika anda menggunakan
periok jepun GAS
atau
ratio 1 kole beras : 1 1/4 kole air
catatan**
semasa membasuh beras jgn dramas
perlahan sahaja supaya beras tidak patah


....itu lah cara KakEnchom....
selamat mencuba