BAHAN2
5 kg daging pejal
500gm bawang kecil
2 labu bawang putih
3 ketul kunyit hidup @ 1" seketul
5 ketul halia @ besar ibu jari kaki seketul
5 ketul lengkuas @ besar ibu jari kaki seketul
15 batang serai saiz sedang
5 helai daun kunyit saiz sedang
15 helai daun limau purut saiz sedang
5 genggam cili padi
2 sendok cili kering yg sudah d kisar
3 sudu serbuk kunyit
garam secukup rasa
2 keping asam gelugor
Santan dr 15biji kelapa (perahan 1 dan 2 shj)
atau 4kg santan siap + 4 liter air
CARA2
Bahan untuk d kisar (hiris dulu kecuali cili padi)
...cili padi
...bawang kecil
...bawang putih
...kunyit hidup
...2 ketul halia
...2 ketul lengkuas
...5 btg serai
...baki halia ,lengkuas,serai..d titik/ketuk pecah
Daging d potong dadu 1" d basuh bersih toskan dan d perap
bersama bahan kisar + kunyit serbuk
Jerang santan dlm kuali d kacau selalu supaya tidak melekat dan hangus dan masak sampai pecah minyak (nampak minyak nya terbit d atas permukaan santan yg nampak pekat dr asal)
Masukkan daging yg d perap tadi bersama baki halia, lengkuas, serai serta separuh daun limau purut dan daun kunyit >d koyak2
masak lah rendang atas api sederhana sambil d kacau selalu agar tidak hangit
perisakan garam nya bila daging separuh empuk
bila daging empuk masukkan asam keping
agak2 separuh kering masukkan baki daun limau dan daun kunyit
proses ini lebih kurang 2jam
rendang basah ini dah boleh d makan waktu ini
kalau berhajat nak keringkan teruskan lagi
TAPI
kecilkan api supaya dapat hasil yg cantik hitam
PERLU D INGAT
RENDANG INI TIDAK D MANISKAN DGN SEBARANG GULA
KEMANISAN TERBIT DR PENGGUNAAN SANTAN YG BANYAK
ATAU KERISIK
KakEnchom tidak guna kerisik kerana santan yg byk
dah menerbitkan minyak yg byk
PESANAN
cili api dan cili mesen ikut citarasa anda
kakenchom guna lebih cili padi
dari cili kering mesen
...Itu lah cara KakEnchom...
Nanti den nak blajar masak dgn KE..
ReplyDeleteTq share resepi :)