Salah satu desserts kegemaran keluarga Kakenchom ialah cream caramel...dulu2 kchom xpandai buat..tunggulah ade gathering umah mak kt Segambut sis Mazidah akan buat dessert ni. Tengok anak2 terlampau suka Kchom belajar ngan Mazidah.Masa berlalu... dan kchom kira terror lah buat cream caramel ni...da ramai pulak jadi *anak murid* Kchom.. Dessert ni mudah dbuat...*anak2 murid*Kchom xde yg komplen kate xjadi.
Bahan2 :
200gm gula pasir (1 cawan) dhanguskan tambah 1 cawan air
10 biji telur Gred B
100gm gula pasir (1/2cawan)
2sudu makan esen vanilla- secubit garam
- 1 litre susu segar dalam kotak (dulu2 pakai susu cair Ideal)
Cara2 :
- Telur , 1/2 cawan gula dan vanilla dkacau rata dalam bekas
Tambah susu segar kdalam bekas telur dan kacau sehingga gula larut
Masukkan garam- Tapis bancuhan
- Panaskan air kukusan
- Sediakan bekas2 kecil...bubuh sedikit gula hangus kedalam acuan
- Kemudian masukkan bancuhan yang dtapis td kdalam bekas yg ada gula hangus
- Susun kdalam kukusan dan kukus selama 30minit
- Ini cara kukus . Cara lain..steam bath..bakar dalam oven.
No comments:
Post a Comment