memasak dengan penuh perasaan cinta kasih sayang...



















Friday, July 30, 2010

Popiah inti daging

Inti kentang daging ini boleh jadi inti karipap/samosa/popiah

BAHAN2

500gm daging kisar ADABI
dlembutkan,basuh dalam tapis
toskan,sejatkan dalam kuali
bersama 3 sudu rempah kurma ADABI
dan beberapa dirisan halia
sampai kering
dan perisakan garamnya

500gm ubi kentang d dadu
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
sebesar ibu jari halia
5 biji bawang besar d dadu
daun sup dan daun bawang dhiris kasar
3 sudu besar rempah daging ADABI
2 sudu besar serbuk cili (jika anda suka pedas)
boleh juga gantikan
1 sudu besar lada hitam di tumbuk lumat
atau cili kisar
air scukupnya
1/2 atau 1 cawan minyak masak

CARA2

kisar/tumbuk bawang kecil,bawang putih,halia
panaskan minyak..tumis bahan diatas
masukkan rempah daging ,cili serbuk yg dbancuh dgn sedikit air
setelah garing masukkan air dan ubi kentang
bila ubi separuh empuk masukkan daging
masak sehigga semua empuk
masukkan bawang besar dadu
balik2kan dan perisakan garamnya
akhir sekali tabur daun sup/daun bawang
gaul ratakan
tutup api.
sejukkan sebelum dgunakan.

 inti kentang dan daging 

popiah sedang dgoreng


 Siap...100gulung sume nye

- Itu lah cara Kakenchom -




Saturday, July 17, 2010

Tempoyak....versi 2

Jom masak  udang tempoyak !!!!

Bahan2

500gm udang dbuang kulit dan dbersih kan
2 sudu besar tempoyak
1 sudu besar cili api yg sudah dtumbuk
bersama kunyit hidup dan garam
sedikit kunyit serbuk
garam
sedikit gula jika tempoyak anda masam
(tempoyak baru ade rasa manis2)
1 cawan air
1 helai daun kunyit dracik kasar

Cara2

Masukkan semua bahan kecuali udang
kdalam periok/kuali
Jerang sampai menggelegak
dan pekat
baru masukkan udang
bila udang brubah warna kemerah2an
tanda udang sudah masak
(udang akan keras jika dmasak terlalu lama)
perisakan garamnya
siap...boleh dhidangkan
jodoh sesuai masak tempoyak udang
adalah ikan masin (ape2 pun bolih)
*
*
Begitu mudah...kan....
Selamat mencuba
S O D A AAPP

 warna pic xcantik


warna kuning tempoyak asli
jodoh ngan ikan masin gelama



-Itu lah cara Kakenchom-


Friday, July 16, 2010

Kuih Bingka


RESEPI LAMA MAK KAKENCHOM
dah banyak bagi rezeki pada mak dulu2
dan kakenchom sekarang
Syukur Alhamdulillah

BAHAN2

2 biji telur
2 cawan gula pasir
4 cawan tepung gandum
7 cawan santan dari 1 biji kelapa
10 helai daun pandan dblend
dan d perah brsama kelapa mesen
1/2 sudu teh pewarna epal hijau
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam
bijan secukupnya
margarine secukupnya

CARA2

Gunakan whisk, pukul telur , gula dan esen vanilla sbentar
masukkan santan ...kacau rata..masukkan tepung
kacau dengan whisk supaya tidak brgentel
kacau lagi sampai gula hancur
tambah garam dan pewarna
tapis bancuhan
Panaskan oven 200C
sapu dan bubuh satu sudu teh margarine kdalam acuan
panaskan sampai margarine cair
keluarkan dari oven
tuangkan bancuhan kdalam acuan
taburkan bijan
atur acuan di rak tengah oven
bakar selama 1/2 jam guna api bawah
sambung lagi 1/2 jam guna api atas bawah
sambung sekejap lagi jika
bahagian atas kurang kuning
Keluarkan dr oven
ketika ini kuih masih lembik
biar kan sejuk baru boleh dhidangkan
lebih baik buat malam untuk hidangan pagi
BOLEH
gunakan satu acuan besar 9-10 inci
sapu dan bubuh 2 sudu besar margarine.


1 bancuhan dapat 5 acuan begini

belum cukup kuning


siap cantik kuning/garing
@ Rm 3.20


 -Itu lah cara Kakenchom-



Thursday, July 15, 2010

Sotong goreng kunyit......versi 1 jintan ketumbar


BAHAN2
(untuk 5 orang)

500 gm sotong basah d bersih, d potong ikut suka
(potong cincin /belah dua/kalau kecil biar sekor2)
kemudian d garam kunyit
1 biji bawang besar d hiris bulat2
2 biji ubi kentang d potong baji (wedges)
2 biji cili merah (hiris atau belah 2)
2 biji cili hijau (hiris atau belah 2)
(atau 10-15 biji cili api d titik)
1 sudu besar ketumbar biji (d tumbuk kasar)
1 sudu besar jintan manis (d tumbuk kasar)
garam ikut rasa
1 cawan minyak

CARA2

Panaskan minyak goreng ubi kentang separuh empuk
masukkan sotong... masak hingga air sotong kering
dan nampak terbit minyak
masukkan ketumbar..jintan..balik2kan
perisakan garamnya
akhir sekali masukkan bawang dan cili
kacau /gaul sebentar
tutup api..cedok dgn tapis supaya
ketumbar dan jintan tidak cicir d kuali
atau anda tidak suka banyak minyak
(Kakenchom cedok semua..
minyak tu yang sedap gaul kat nasi)
k o l e s t e r o l...
xpe...bukan hari2



































Tuesday, July 13, 2010

Tempoyak

Sekarang ni musim durian....Kakenchom bukan nak bagi resepi dari durian tapi..t e m p o y a k. Kakenchom paling seronok kalau orang bagi Kakenchom tempoyak..x ternilai harga nya.Kakenchom sanggup beli berapa je harga tempoyak kerana Kakenchom xbuat tempoyak. .Kakenchom ada banyak versi masakan lauk pauk dari tempoyak..maklumlah Kakenchom suka tempoyak.

Jom masak !

Ikan tenggiri/merah/jenahak masak tempoyak
(versi 1)

 Bahan2

5 keping ikan
2 senduk tempoyak
1 senduk cili api yang sudah dtumbuk bsama kunyit hidup
(kalau anda takut pedas kurangkan la)
2 cawan air
1 helai daun kunyit d carik2
garam scukup rasa
sedikit serbuk kunyit menambah kekuningan masakan

Cara2

Senang yang amat2

Masukkan semua bahan kdalam periuk atau kuali
Jerang atas api sederhana hingga ikan masak
dan lauk ini pekat


pekat macam ni lah


tenggiri dan jenahak masak tempoyak


-Ini lah cara Kakenchom-


Kek Koko....Resepi lama (tahun 70an)

Kini amat mudah nak makan kek,dmana2 saje anda bolih membeli nya asalkan anda yakin akan HALAL nya .Begitu juga dengan resepi2,begitu mudah juga ddapati.. rajin atau tidak je anda nak buat. Masa Kakenchom kecik2 dulu nak makan kek tunggu la mak buat,memang mak Kakenchom pandai buat kek,dia berusaha belajar dengan sedikit bayaran.Canggih betul mak Kakenchom..tahniah mak..pastu mak turunkan ilmu kat Kakenchom dan adik Mazidah.Kiranya pada zaman remaja kami...kami 'Ek' la pandai buat kek..berbanding dengan kawan2 lain.Disamping  tu kami pun jadi 'cikgu' tak bertauliah mengajar buat kek.Da ramai anak2 murid ..sume lulus !!! Mazidah pula menjual kek d ofis .Itu kenangan 30-40tahun lalu.
Apa yang Kakenchom nak paparkan d sini  hanyalah kenangan resepi lama mak Kakenchom.Walaupun pelbagai jenis kek dluar sana yang lebih canggih tetapi kek koko lama mak Kakenchom tetap menjadi pujaan.Rasa nya lemak ,tekstur nya halus gebu warna nya tidak hitam pekat.

- Sila lah cuba -

Bahan2

250gm mentega ( 1bar buttercup )
400gm gula icing 
3 bji telur ( 4 biji yang kecil )
      2 1/4 cawan tepung serbaguna (300gm)
1/2 cawan serbuk koko (30gm)
2 sudu teh baking powder
1 cawan susu cair atau susu segar
    secubit garam
           1 sudu teh esen vanilla          


Cara2

Pukul mentega dgn gula hingga ringan,gebu dan putih
masukkan telur sebiji2..pukul lagi
tepung,serbuk koko,baking powder d ayak bersama (2kali)
kaup dan balikkan tepung kdalam bancuhan tadi berselang seli
dengan susu
akhir sekali tambah garam dan esen vanilla.
panaskan oven 170C
lenserkan acuan dgn sedikit minyak
kaup dan masukkan bancuhan kdalam acuan
kesukaan anda.
Dulu mak Kakenchom guna bekas bulat 8 inci
(Hari ini Kakenchom gunakan 5bekas aluminium foil)

      Bakar api bawah selama 20 min dan api atas bawah
selama 10 min lg.

sedia untuk masuk oven


Siap untuk dmakan.. yum yum

-Itulah cara Kakenchom-


 

Sunday, July 11, 2010

Murtabak 3 Lapis

Murtabak daging atau ayam memang kegemaran ramai orang,tidak terkecuali keluarga Kakenchom.Dulu2 kalau nak makan murtabak yang sedap kena lah pergi Restoran mamak .Harga mahal sikit.Sekitar awal 80an bolih didapati d pasar2 malam atau bazar Ramadhan.Harga murah sikit kerana kecil dan tak mewah inti nya.

Sekarang,dRestoran pun ada yang mengelat buat inti..banyak bawang dan kobis...ayam/daging ciput je..

Rasa rindu nak makan murtabak yang dulu2 tu.

Dpendekkan cerita.. baru2 ni Kakenchom terjumpa lah murtabak 3 lapis ni d Bangi..Restoran Murtabak Singapura.Walaupun tak sampai hajat tekak ni, syukur lah, itu lah rezeki . Sila lah nikmati 'hidangan nya`

Ini ada lah separuh dpd murtabak 3 lapis

Kuah dalca n sos cili bersama timun

Separuh dah makan d restoran separuh bawa balik
besar saiz nya

  3 lapis harga nya Rm18.00 untuk 4 orang



Friday, July 9, 2010

Hari Sabtu Kak Enchom X masak....

Ada kala nya Kakchom cuti gak masak..sesekali nak rasa masakan orang lain especially yang Kakchom tak pandai membuat nya tapi amat suka memakan nya dan rasa tak nak mempelajari nya. Kenapa ??? Kerana lebih berbaloi membeli nya dari mempelajari nya.
Ape yang Kakchom suka??

jeng

jeng

jeng

cuba teka !!!

ape tuu ??

tak dapat agak lagi...??

ade telur masin..tauge..ulam2..sambal...daging bakar..limau..
        ada budu..nasi warna biru..haa..tu la nasi kerabu


nak makan nasi kerabu..gaul sume...perah limau tu
iisssss....kecur air liur sape tengok


Dibeli d pasar malam Pekan Rembau (Sabtu)
d pasar malam Chembong (Rabu)


Thursday, July 8, 2010

KUAH 3 RASA...pedas...masam ...manis

Bahan2

1 biji nenas d dadu
1 batang timun d dadu
1 batang karot d dadu
1 biji cili benggala merah
1 biji cili benggala hijau
1 biji cili benggala kuning
3 labu bawang besar d hiris bulat
Halia sebesar ibu jari d hiris
1 batang serai d titik (pilihan)
150-200gm tomato ceri
20 biji asam boi
cili padi -pilihan-(jika anda kuat pedas)
1 cawan pes sambal  (seperti entry : Jun 23)
2 cawan air panas
1/2 cawan gula pasir
1 cawan sos tomato
garam scukup rasa

Cara2

Masukkan kdalam kuali pes sambal bersama2 air panas,hirisan halia,serai.
Bila menggelegak masukkan gula,sos tomato,asam boi, nenas,timun dan karot.
Bila timun dan karot agak lembut masukkan cili benggala.
Balik2kan supaya rata masukkan tomato ceri,cili padi yang d titik sahaja. 
Akhir sekali taburkan hirisan bawang besar,balik2kan
dan perisakan garam nya.
Kuah 3 rasa siap...boleh d curah keatas ikan goreng kegemaran anda.
siakap/merah/kerapu/bawal

Kuah di atas cukup untuk 4 ekor ikan siakap  @800gm-900gm




Ikan siakap kuah 3 rasa

-Itu lah cara Kakenchom-