Kini amat mudah nak makan kek,dmana2 saje anda bolih membeli nya asalkan anda yakin akan HALAL nya .Begitu juga dengan resepi2,begitu mudah juga ddapati.. rajin atau tidak je anda nak buat. Masa Kakenchom kecik2 dulu nak makan kek tunggu la mak buat,memang mak Kakenchom pandai buat kek,dia berusaha belajar dengan sedikit bayaran.Canggih betul mak Kakenchom..tahniah mak..pastu mak turunkan ilmu kat Kakenchom dan adik Mazidah.Kiranya pada zaman remaja kami...kami 'Ek' la pandai buat kek..berbanding dengan kawan2 lain.Disamping tu kami pun jadi 'cikgu' tak bertauliah mengajar buat kek.Da ramai anak2 murid ..sume lulus !!! Mazidah pula menjual kek d ofis .Itu kenangan 30-40tahun lalu.
Apa yang Kakenchom nak paparkan d sini hanyalah kenangan resepi lama mak Kakenchom.Walaupun pelbagai jenis kek dluar sana yang lebih canggih tetapi kek koko lama mak Kakenchom tetap menjadi pujaan.Rasa nya lemak ,tekstur nya halus gebu warna nya tidak hitam pekat.
- Sila lah cuba -
Bahan2
250gm mentega ( 1bar buttercup )
400gm gula icing
3 bji telur ( 4 biji yang kecil )
2 1/4 cawan tepung serbaguna (300gm)
1/2 cawan serbuk koko (30gm)
2 sudu teh baking powder
1 cawan susu cair atau susu segar
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
Cara2
Pukul mentega dgn gula hingga ringan,gebu dan putih
masukkan telur sebiji2..pukul lagi
tepung,serbuk koko,baking powder d ayak bersama (2kali)
kaup dan balikkan tepung kdalam bancuhan tadi berselang seli
dengan susu
akhir sekali tambah garam dan esen vanilla.
panaskan oven 170C
lenserkan acuan dgn sedikit minyak
kaup dan masukkan bancuhan kdalam acuan
kesukaan anda.
Dulu mak Kakenchom guna bekas bulat 8 inci
(Hari ini Kakenchom gunakan 5bekas aluminium foil)
Bakar api bawah selama 20 min dan api atas bawah
selama 10 min lg.
kaup dan masukkan bancuhan kdalam acuan
kesukaan anda.
Dulu mak Kakenchom guna bekas bulat 8 inci
(Hari ini Kakenchom gunakan 5bekas aluminium foil)
Bakar api bawah selama 20 min dan api atas bawah
selama 10 min lg.
sedia untuk masuk oven
Siap untuk dmakan.. yum yum
-Itulah cara Kakenchom-
No comments:
Post a Comment