memasak dengan penuh perasaan cinta kasih sayang...



















Sunday, October 31, 2010

Sambal tumis sotong

Hari ini rasa nak makan sambal tumis sotong,Syakirah si peminat sotong pun ade drumah.Resepi ni sesuai untuk enam orang dsamping lauk pauk lain.
Bahan
1kg sotong basah dbersihkan n dpotong cincin
1 cawan pes sambal serbaguna (rujuk posting June)
1/2 cawan minyak masak
2 labu bawang besar
sedikit air asam
garam n gula ikut rasa
Cara2
Panaskan minyak dalam kuali
masukkan sotong bersama pes sambal ikut citarasa pedas anda
sotong akan mengeluarkan air
masak sehingga air sotong susut n nampak terbit minyak
masukkan air asam
masukkan bawang besar
perisakan garam n gula
balik2kan n bila bawang layu
boleh lah d angkat
siap...hidangkan bersama nasi putih
n sayuran n ikan goreng
-Itu lah cara KakEnchom-

Sunday, October 24, 2010

Majlis pertunangan Syakirah 23.10.2010

Syukur Alhamdulillah... majlis kecil je.. adik beradik dan jiran terdekat selesai berlangsung dalam suasana hujan lebat petang tu..
Terima kasih kepada semua adik beradik dan jiran2 yang menghulurkan bantuan..xkira lah ..tenaga..RM..kuih muih..atau ape bentuk sumbangan pun
Tu yang Kchom suka wat kenduri tu.. sume baik hati dan murah hati
syukran syukran !!!

Rombongan pihak lelaki ..meriah meriah ramai
xsia2 kchom buat Hi T yg meriah juga
xlari dari cadangan hati(tengok posting yg lepas)

Soto ayam (3 ekor ayam)
nasi impit (3o buku..berlebih)
mihun (3 paket..xcukup)
pergedil daging(80 biji..ngam ngam..kchom xdapat rase hahaha)
iringan:tauge,kacang goreng,kuah cili api

Kuih muih:
Apam johol
Talam suji(best fren bagi)
Bingka hijau
Kek koko
Kek kukus coklat
Kek coklat (all in one..besan bagi)
Bahulu gulung (kak ipar bagi)
Karipap pusing (jiran bagi)
Buah melaka (jiran bagi)
tapi sayang..popia terlupa nak goreng dok dalam freezer
dadeh xsempat nak buat
Minuman:teh tarik,teh o dan kopi o
Buah:pisang emas

FOTO ??ade.. kot.
Nanti tanye budak2..sume da balik..


Wednesday, October 20, 2010

majlis terima cincin sy......23.10 .2010

Allah ..aduusy hai...nak masak ape ni...majlis sendiri xtau nak wat ape...too many ideas..nak wat tu nak wat ni..tamak sangat..yg nak masak.. diri sendiri..

cadangan dalam hati

Makan thari anak beranak/adik beradik 60 orang
Nasi putih
Gulai daging salai
campur
nangka ( ade pokok blakang umah)
Goreng ayam
Goreng ikan masin
Sayur???
Pecal ..ye ke???
Air sirap limau

fuuhhh..sodap tuu

Pihak lelaki nak datang kul 3.00ptg
rombongan anggaran 20/25 orang
buat Hi T je untuk lebih kurang 120 orang
Soto Ayam:nasi impit
mihun
mi kuning
tambah pergedil
kuah kicap cili api
Kuih muih:
Bingka hijau
Kek koko dan kek oren
Samosa daging atau popiah goreng
Dadeh dwi warna
Apam johol-tempah (xtau buat)
Talam suji-tempah(takut xsempat buat)
Teh tarik
Teh O
Kopi O

ye ke ni..dapat buat ke????


Tuesday, October 12, 2010

ape khabar peminat blog masakapetuu
da lama xupdate
sibuk la konon
bulan Ramadhan xsempat nak mengadap komputer
bulan Syawal pun gitu
sebenar nya baaanyaak entry nak masukkan
dengan gambar2 sekali
SSAAABAR ye....

Monday, August 2, 2010

Tips untuk kenduri kecil..sambungan

MENU (II)
Nasi putih
Gulai cili api pisang muda
Sambal tumis udang basah+petai
Sayur campur
Ayam goreng berempah
Air sirap
Buah limau
MENU (III)
Nasi putih
Gulai cili api cendawan tiram
Goreng berlada ikan semilang
Ikan masin bulu ayam
sayur lodeh kering
Air sirap limau
Agar2 perisa laici
MENU (IV)
Nasi putih
Gulai cili api daging salai +belimbing/bacang/mangga muda
Kerabu kacang botor+tauge+daun2 ulaman
(selom,pegaga,kesom,bunga kantan)
Ikan kembong goreng +air asam
Air sirap
Buah pisang emas
MENU (V)
Nasi putih
Asam pedas ikan tenggiri + bende +terong
Kerabu perut + kacang panjang +serai +ulam2an
(bunga kantan,kesum,daun kunyit)
Ayam goreng masak kicap black pepper
Air buah campuran sunquick
Buah tembikai
MENU (VI)
Nasi tomato
Dalca
Ayam masak merah
Jelantah (acar mentah)
atau
Salad+timun+tahu goreng dengan sos cili
Popedum
Sirap bandung
Buah limau
MENU (VI)
Nasi minyak
Kari daging +ubi kentang
Pajeri nenas
Ayam goreng berlada
Popedum
Agar2 kosong
Air oren sunquick
MENU (VII)
Nasi putih
Gulai cili api ikan masin + terong bulat /nenas
Goreng berlada ikan bilis +tempe+ubi kentang
Ayam goreng halia
Pecal
Air sirap
Agar2 santan
MENU (VIII)
Nasi putih
Gulai cili api nangka muda+ayam
Goreng berlada ikan semilang
Pucuk ubi /jantung pisang celur
Sambal belacan
Air sirap
Buah limau
MENU (IX)
Nasi putih
Gulai cili api semilang salai +bacang/mangga muda
Ayam goreng biasa
Masak taucu terong panjang
Air Oren
Buah pisang
MENU (X)
Nasi putih
Kalio ayam/daging + ubi kentang
Kerabu tauge + kerang
Ikan masin goreng+bawang +cili api
Keropok malinja
Teh O ais
Buah tembikai
MENU (XI)
Nasi putih
Rendang ayam telur(ayam pencen)
Pindang perut lembu dengan rebung
Goreng berlada terung panjang
Sayur kobis goreng basah
Ikan masin goreng
Air sirap
buah limau
BANYAK LAGI...TUNGGU D LAIN WAKTU
HARAP MAAF KERANA MENU MIRIP
KEPADA N.SEMBILAN
KERANA KAKENCHOM TINGGAL
D N.SEMBILAN
DAN
MENERIMA TEMPAHAN
LAUK/PAUK SEPERTI D ATAS
SELERO KAMPONG
S O D A P
- Itu lah cara Kakenchom -

Sunday, August 1, 2010

Tips untuk kenduri kecil..Tahlil,Doa selamat

Di sini Kakenchom nak paparkan sedikit panduan sekira nya adik2 diluar sana berhajat nak buat kenduri kecil2an untuk 150 orang.
MENU:
Nasi putih
Kari ayam
Sambal tumis udang basah +petai
Lemak putih labu kuning
Sayur campur
Air oren sunquick
Buah tembikai
BAHAN2
12kg beras
10 ekor ayam potong 16ketul
3kg ubi kentang
2paket 250gm rempah daging ADABI
1mangkuk cili kering kisar
2kg santan(dcampur air scukupnya)
2kg minyak masak
1mangkuk bawang kecil-hiris/kisar
1/2mangkuk bawang putih-hiris/kisar
3/4mangkuk halia-hiris/kisar
bahan tumis scukupnya
kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih,buah pelaga
beberapa pelepah daun kari
5batang serai (pilihan)
10biji cili merah dan hijau... hiasan
5kg udang basah dbersih dan dbuang kepala
12papan petai
300gm cili kering drendam n dkisar halus
bersama
15ulas bawang kecil
10ulas bawang putih dan
belacan
air asam jawa,garam n gula secukup rasa
5 biji bawang besar dhiris bulat2
7biji labu kuning yg sedang
1kg santan(dcampur air scukupnya)
3biji bawang besar dhiris bulat2
3helai daun kunyit
garam ,gula secukup rasa
2biji kobis besar
3batang karot
1biji cauliflower
3pokok brokoli yg sedang
3paket kecil putik jagong
2paket kecil kacang sepat
(kchom gantikan kacang boncis 300gm)
3biji lada benggala merah ,hijau,kuning
Perencah:ikut suka..udang halus/kering/bilis
Penumis:minyak masak,bawang besar,bawang putih
Garam secukup rasa,air panas
3biji tembikai
2botol besar pati sunquick
1kg gula
4balang air @5.5L
Ais scukupnya
- Itulah cara Kak Enchom -

Friday, July 30, 2010

Popiah inti daging

Inti kentang daging ini boleh jadi inti karipap/samosa/popiah

BAHAN2

500gm daging kisar ADABI
dlembutkan,basuh dalam tapis
toskan,sejatkan dalam kuali
bersama 3 sudu rempah kurma ADABI
dan beberapa dirisan halia
sampai kering
dan perisakan garamnya

500gm ubi kentang d dadu
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
sebesar ibu jari halia
5 biji bawang besar d dadu
daun sup dan daun bawang dhiris kasar
3 sudu besar rempah daging ADABI
2 sudu besar serbuk cili (jika anda suka pedas)
boleh juga gantikan
1 sudu besar lada hitam di tumbuk lumat
atau cili kisar
air scukupnya
1/2 atau 1 cawan minyak masak

CARA2

kisar/tumbuk bawang kecil,bawang putih,halia
panaskan minyak..tumis bahan diatas
masukkan rempah daging ,cili serbuk yg dbancuh dgn sedikit air
setelah garing masukkan air dan ubi kentang
bila ubi separuh empuk masukkan daging
masak sehigga semua empuk
masukkan bawang besar dadu
balik2kan dan perisakan garamnya
akhir sekali tabur daun sup/daun bawang
gaul ratakan
tutup api.
sejukkan sebelum dgunakan.

 inti kentang dan daging 

popiah sedang dgoreng


 Siap...100gulung sume nye

- Itu lah cara Kakenchom -




Saturday, July 17, 2010

Tempoyak....versi 2

Jom masak  udang tempoyak !!!!

Bahan2

500gm udang dbuang kulit dan dbersih kan
2 sudu besar tempoyak
1 sudu besar cili api yg sudah dtumbuk
bersama kunyit hidup dan garam
sedikit kunyit serbuk
garam
sedikit gula jika tempoyak anda masam
(tempoyak baru ade rasa manis2)
1 cawan air
1 helai daun kunyit dracik kasar

Cara2

Masukkan semua bahan kecuali udang
kdalam periok/kuali
Jerang sampai menggelegak
dan pekat
baru masukkan udang
bila udang brubah warna kemerah2an
tanda udang sudah masak
(udang akan keras jika dmasak terlalu lama)
perisakan garamnya
siap...boleh dhidangkan
jodoh sesuai masak tempoyak udang
adalah ikan masin (ape2 pun bolih)
*
*
Begitu mudah...kan....
Selamat mencuba
S O D A AAPP

 warna pic xcantik


warna kuning tempoyak asli
jodoh ngan ikan masin gelama



-Itu lah cara Kakenchom-


Friday, July 16, 2010

Kuih Bingka


RESEPI LAMA MAK KAKENCHOM
dah banyak bagi rezeki pada mak dulu2
dan kakenchom sekarang
Syukur Alhamdulillah

BAHAN2

2 biji telur
2 cawan gula pasir
4 cawan tepung gandum
7 cawan santan dari 1 biji kelapa
10 helai daun pandan dblend
dan d perah brsama kelapa mesen
1/2 sudu teh pewarna epal hijau
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam
bijan secukupnya
margarine secukupnya

CARA2

Gunakan whisk, pukul telur , gula dan esen vanilla sbentar
masukkan santan ...kacau rata..masukkan tepung
kacau dengan whisk supaya tidak brgentel
kacau lagi sampai gula hancur
tambah garam dan pewarna
tapis bancuhan
Panaskan oven 200C
sapu dan bubuh satu sudu teh margarine kdalam acuan
panaskan sampai margarine cair
keluarkan dari oven
tuangkan bancuhan kdalam acuan
taburkan bijan
atur acuan di rak tengah oven
bakar selama 1/2 jam guna api bawah
sambung lagi 1/2 jam guna api atas bawah
sambung sekejap lagi jika
bahagian atas kurang kuning
Keluarkan dr oven
ketika ini kuih masih lembik
biar kan sejuk baru boleh dhidangkan
lebih baik buat malam untuk hidangan pagi
BOLEH
gunakan satu acuan besar 9-10 inci
sapu dan bubuh 2 sudu besar margarine.


1 bancuhan dapat 5 acuan begini

belum cukup kuning


siap cantik kuning/garing
@ Rm 3.20


 -Itu lah cara Kakenchom-



Thursday, July 15, 2010

Sotong goreng kunyit......versi 1 jintan ketumbar


BAHAN2
(untuk 5 orang)

500 gm sotong basah d bersih, d potong ikut suka
(potong cincin /belah dua/kalau kecil biar sekor2)
kemudian d garam kunyit
1 biji bawang besar d hiris bulat2
2 biji ubi kentang d potong baji (wedges)
2 biji cili merah (hiris atau belah 2)
2 biji cili hijau (hiris atau belah 2)
(atau 10-15 biji cili api d titik)
1 sudu besar ketumbar biji (d tumbuk kasar)
1 sudu besar jintan manis (d tumbuk kasar)
garam ikut rasa
1 cawan minyak

CARA2

Panaskan minyak goreng ubi kentang separuh empuk
masukkan sotong... masak hingga air sotong kering
dan nampak terbit minyak
masukkan ketumbar..jintan..balik2kan
perisakan garamnya
akhir sekali masukkan bawang dan cili
kacau /gaul sebentar
tutup api..cedok dgn tapis supaya
ketumbar dan jintan tidak cicir d kuali
atau anda tidak suka banyak minyak
(Kakenchom cedok semua..
minyak tu yang sedap gaul kat nasi)
k o l e s t e r o l...
xpe...bukan hari2



































Tuesday, July 13, 2010

Tempoyak

Sekarang ni musim durian....Kakenchom bukan nak bagi resepi dari durian tapi..t e m p o y a k. Kakenchom paling seronok kalau orang bagi Kakenchom tempoyak..x ternilai harga nya.Kakenchom sanggup beli berapa je harga tempoyak kerana Kakenchom xbuat tempoyak. .Kakenchom ada banyak versi masakan lauk pauk dari tempoyak..maklumlah Kakenchom suka tempoyak.

Jom masak !

Ikan tenggiri/merah/jenahak masak tempoyak
(versi 1)

 Bahan2

5 keping ikan
2 senduk tempoyak
1 senduk cili api yang sudah dtumbuk bsama kunyit hidup
(kalau anda takut pedas kurangkan la)
2 cawan air
1 helai daun kunyit d carik2
garam scukup rasa
sedikit serbuk kunyit menambah kekuningan masakan

Cara2

Senang yang amat2

Masukkan semua bahan kdalam periuk atau kuali
Jerang atas api sederhana hingga ikan masak
dan lauk ini pekat


pekat macam ni lah


tenggiri dan jenahak masak tempoyak


-Ini lah cara Kakenchom-


Kek Koko....Resepi lama (tahun 70an)

Kini amat mudah nak makan kek,dmana2 saje anda bolih membeli nya asalkan anda yakin akan HALAL nya .Begitu juga dengan resepi2,begitu mudah juga ddapati.. rajin atau tidak je anda nak buat. Masa Kakenchom kecik2 dulu nak makan kek tunggu la mak buat,memang mak Kakenchom pandai buat kek,dia berusaha belajar dengan sedikit bayaran.Canggih betul mak Kakenchom..tahniah mak..pastu mak turunkan ilmu kat Kakenchom dan adik Mazidah.Kiranya pada zaman remaja kami...kami 'Ek' la pandai buat kek..berbanding dengan kawan2 lain.Disamping  tu kami pun jadi 'cikgu' tak bertauliah mengajar buat kek.Da ramai anak2 murid ..sume lulus !!! Mazidah pula menjual kek d ofis .Itu kenangan 30-40tahun lalu.
Apa yang Kakenchom nak paparkan d sini  hanyalah kenangan resepi lama mak Kakenchom.Walaupun pelbagai jenis kek dluar sana yang lebih canggih tetapi kek koko lama mak Kakenchom tetap menjadi pujaan.Rasa nya lemak ,tekstur nya halus gebu warna nya tidak hitam pekat.

- Sila lah cuba -

Bahan2

250gm mentega ( 1bar buttercup )
400gm gula icing 
3 bji telur ( 4 biji yang kecil )
      2 1/4 cawan tepung serbaguna (300gm)
1/2 cawan serbuk koko (30gm)
2 sudu teh baking powder
1 cawan susu cair atau susu segar
    secubit garam
           1 sudu teh esen vanilla          


Cara2

Pukul mentega dgn gula hingga ringan,gebu dan putih
masukkan telur sebiji2..pukul lagi
tepung,serbuk koko,baking powder d ayak bersama (2kali)
kaup dan balikkan tepung kdalam bancuhan tadi berselang seli
dengan susu
akhir sekali tambah garam dan esen vanilla.
panaskan oven 170C
lenserkan acuan dgn sedikit minyak
kaup dan masukkan bancuhan kdalam acuan
kesukaan anda.
Dulu mak Kakenchom guna bekas bulat 8 inci
(Hari ini Kakenchom gunakan 5bekas aluminium foil)

      Bakar api bawah selama 20 min dan api atas bawah
selama 10 min lg.

sedia untuk masuk oven


Siap untuk dmakan.. yum yum

-Itulah cara Kakenchom-


 

Sunday, July 11, 2010

Murtabak 3 Lapis

Murtabak daging atau ayam memang kegemaran ramai orang,tidak terkecuali keluarga Kakenchom.Dulu2 kalau nak makan murtabak yang sedap kena lah pergi Restoran mamak .Harga mahal sikit.Sekitar awal 80an bolih didapati d pasar2 malam atau bazar Ramadhan.Harga murah sikit kerana kecil dan tak mewah inti nya.

Sekarang,dRestoran pun ada yang mengelat buat inti..banyak bawang dan kobis...ayam/daging ciput je..

Rasa rindu nak makan murtabak yang dulu2 tu.

Dpendekkan cerita.. baru2 ni Kakenchom terjumpa lah murtabak 3 lapis ni d Bangi..Restoran Murtabak Singapura.Walaupun tak sampai hajat tekak ni, syukur lah, itu lah rezeki . Sila lah nikmati 'hidangan nya`

Ini ada lah separuh dpd murtabak 3 lapis

Kuah dalca n sos cili bersama timun

Separuh dah makan d restoran separuh bawa balik
besar saiz nya

  3 lapis harga nya Rm18.00 untuk 4 orang



Friday, July 9, 2010

Hari Sabtu Kak Enchom X masak....

Ada kala nya Kakchom cuti gak masak..sesekali nak rasa masakan orang lain especially yang Kakchom tak pandai membuat nya tapi amat suka memakan nya dan rasa tak nak mempelajari nya. Kenapa ??? Kerana lebih berbaloi membeli nya dari mempelajari nya.
Ape yang Kakchom suka??

jeng

jeng

jeng

cuba teka !!!

ape tuu ??

tak dapat agak lagi...??

ade telur masin..tauge..ulam2..sambal...daging bakar..limau..
        ada budu..nasi warna biru..haa..tu la nasi kerabu


nak makan nasi kerabu..gaul sume...perah limau tu
iisssss....kecur air liur sape tengok


Dibeli d pasar malam Pekan Rembau (Sabtu)
d pasar malam Chembong (Rabu)


Thursday, July 8, 2010

KUAH 3 RASA...pedas...masam ...manis

Bahan2

1 biji nenas d dadu
1 batang timun d dadu
1 batang karot d dadu
1 biji cili benggala merah
1 biji cili benggala hijau
1 biji cili benggala kuning
3 labu bawang besar d hiris bulat
Halia sebesar ibu jari d hiris
1 batang serai d titik (pilihan)
150-200gm tomato ceri
20 biji asam boi
cili padi -pilihan-(jika anda kuat pedas)
1 cawan pes sambal  (seperti entry : Jun 23)
2 cawan air panas
1/2 cawan gula pasir
1 cawan sos tomato
garam scukup rasa

Cara2

Masukkan kdalam kuali pes sambal bersama2 air panas,hirisan halia,serai.
Bila menggelegak masukkan gula,sos tomato,asam boi, nenas,timun dan karot.
Bila timun dan karot agak lembut masukkan cili benggala.
Balik2kan supaya rata masukkan tomato ceri,cili padi yang d titik sahaja. 
Akhir sekali taburkan hirisan bawang besar,balik2kan
dan perisakan garam nya.
Kuah 3 rasa siap...boleh d curah keatas ikan goreng kegemaran anda.
siakap/merah/kerapu/bawal

Kuah di atas cukup untuk 4 ekor ikan siakap  @800gm-900gm




Ikan siakap kuah 3 rasa

-Itu lah cara Kakenchom-







Monday, June 28, 2010

Pebagai jenis keledek


Keledek ...Spesis ubi..dalam bahasa inggeris sweet potato..ya..keledek memang manis. Berbagai cara beleh
menikmati  keenakan keledek ...drebus...dgoreng...dbakar...dbuat kuih muih..kerepek..dbuat pengat (bubur).Orang cina memang gemar memakan keledek dari orang melayu.Kata mereka memakan  keledek boleh mengeluarkan toxic dari badan. Memang benar..tu yang kita terkentut2 lepas makan keledek.Orang kita silap..mereka x nak makan keledek..kata mereka angin..sebenar nya angin kita dlepaskan... Orang cina suka makan keledek dengan  merebus nya. Keledek drebus dengan kulit nya macam orang kita juga. Orang melayu pula  pandai  / kreatif mempelbagaikan keledek kepada berjenis2 kuih muih.

Ada pelbagai jenis keledek...anda boleh layari internet untuk mengetahui nya dengan lebih lanjut.Kakchom nak bercerita tentang jenis2 yang Kakchom biasa jumpa untuk dbuat kuih.

Jenis biasa..kulit merah..isi putih..berair sikit.. harga murah
rasa manis
Jenis kulit putih kuning ..isi kuning..kering..jarang didapati
gebu dan manis
Jenis kulit merah maroon /kuning...isi oren..kering..mahal dari yang biasa
gebu dan manis
Jenis kulit biru kundang...isi biru kundang(purple) kering..jarang ddapati
gebu tapi kurang manis...memang mahal

  - Lihat contoh dari pengalaman Kakchom -


keledek purple n keledek biasa
      kuih frozen..belum dgoreng


keledek oren
 kuih baru siap belum d bekukan

Sunday, June 27, 2010

Coconut candy....Candy kelapa

Candy ni kegemaran kami adik beradik sejak kenek kenek (kecil) lagi. Mak memang pandai pelbagai..dari umur sekolah rendah lagi Kakenchom tolong mak buat candy. Masa form 3 Kakenchom dah jual candy...candy cocoa.Arwah Abah lah promoter nye..die yg letak harga... $5.00 (dulu)  utk 1pound (1lb) i.e  500gm...megah nya dpt $5.00....dulu2  $5.00 tu besar...belanja sekolah pun 50sen..bawa bekal lg.
Resepi mak ialah candy pandan diwarnakan merah/hijau...candy cocoa resepi arwah mak ngah munah..
                                                                                                                                                       


CANDY KELAPA (PANDAN)

Bahan2
2 biji kelapa parut (dulu parut tangan..rupa nya cantik kasar2)
kelapa muda lagi baik
2 tin susu pekat (@500gm)
400gm gula pasir
3 sudu besar margarine (akhir sekali)
pewarna merah/hijau (akhir juga)
3 helai daun pandan dcarik dan dsimpul
Periuk tebal (dulu2 periuk mak sume tebal..xmcm sekarang)
kita guna lah vision/corning

Cara2

Sangai sebentar kelapa dalam kuali..agak2 hampir nak kering..
Pindahkan kdalam periuk
Campur semua bahan lain dan masak..dkacau sentiasa atas api perlahan ...
sampai gula cair...menggelegak...masa ni lah
tersangat siksa..kena percik air gula...
rasa xnak buat candy lagi..cukup lah ni..
masak/kacau lagi ...sampai bileeee??
sampai..adunan dah x melekat dtepi periuk..
adunan berkumpul dtengah2
bubuh pewarna ikut suka
tutup api.masukkan margarine dan kacau rata
masukkan k dalam acuan lebar...
..tekan ratakan..tebal 1/2 inci..sejuuukkan
Bila sejuk..boleh lah dpotong2 kiub.
Bila da siap semua berebut...masa siksa kena tembak air gula
sorang2 tanggung..camtu lah jadi kaklong..
Candy yang dah siap boleh dsimpan dalam bekas kedap udara
kot2 boleh simpan..tau2 esok nya da habis.Alahai Kakenchom.


CANDY COCOA

Bahan2 :

2 biji kelapa parut
500gm gula pasir
2 tin susu pekat
1 cawan serbuk koko
3 sudu makan margarine (akhir sekali)

Cara2:

Campur semua bahan kecuali margarine dalam periuk
dan masak...
...sama seperti candy kelapa pandan...

Kalau yang ni siap ..dah bagi adik2 rase.. Kakchom akan sorokkan
...mak je yang tau kat mane
yg cocoa ni lagi  sedap giler
kalau habis.. p e n a t..  nak buat lagi
(ni kisah  40 tahun dulu)


...Itulah cara Kakenchom....

Saturday, June 26, 2010

Seri kaya....resepi mak Kakenchom

Seri Kaya Gula Hangus
                                                                                                                                                              
Bahan2 :
1 mangkuk telur (5biji)
1 mangkuk gula pasir
1 mangkuk santan pekat dr 1 biji kelapa
secubit garam

Cara2 :
Ambil 1/2 cawan gula dr 1 mangkuk.. buat gula hangus..tambah 1/2 cawan air
Gunakan periuk tebal /vision/pyrex/corning
Didalam periuk....
Telur dpukul sbentar bsama baki gula pasir
Masukkan santan dan garam..kacau sebati
Jerang atas api perlahan sambil dkacau sentiasa supaya tidak bergentel atau hangus
S a b a r r r..kacau lagi..belum cukup panas.....bancuhan baru nak panas.. 
Bancuhan akan meluap2..meletup2.. .. .kacau lagi shingga nampak berkilat
Apabila nampak agak pekat masukkan gula hangus
Kacau lagi supaya sebati dengan gula hangus.
Tutup api dan kacau lagi dan anda akan dapati warna kaya yang cantik.
Buat kaya memang menguji kesabaran kalau nak hasil yang bagussss.
Sejuuukkan...dan kaya nampak pekat sedikit.
Siap dan..boleh dsimpan dalam bekas dan tidak perlu dsimpan dalan peti ais .
Gunakan sudu kering apabila mengambil kaya dari bekas nya...supaya tidak rosak/berkulat.

Perhatian : Jika menggunakan santan siap..1 cawan santan + air sehingga dapat 1 mangkuk



Seri Kaya Hijau 

Sama seperti diatas..tetapi tidak guna gula hangus...
....sebaliknya ambil 5 helai daun pandan
d blend dengan 1/2 cawan air..
Tapis
Masukkan semua nya dalam periuk dan ikut lah cara diatas

...Itu lah cara Kakenchom..

Desserts......pencuci mulut - Cream Caramel

Salah satu desserts kegemaran keluarga Kakenchom ialah cream caramel...dulu2 kchom xpandai buat..tunggulah ade gathering umah mak kt Segambut sis Mazidah akan buat dessert ni. Tengok anak2 terlampau suka Kchom belajar ngan Mazidah.Masa berlalu... dan kchom kira terror lah buat cream caramel ni...da ramai pulak jadi *anak murid* Kchom.. Dessert ni mudah dbuat...*anak2 murid*Kchom xde yg komplen kate xjadi.

Bahan2 :

  • 200gm gula pasir (1 cawan) dhanguskan tambah 1 cawan air

  • 10 biji telur Gred B

  • 100gm gula pasir (1/2cawan)

  • 2sudu makan esen vanilla
  • secubit garam
  • 1 litre susu segar dalam kotak (dulu2 pakai susu cair Ideal)


Cara2 :
  • Telur , 1/2 cawan gula dan vanilla dkacau rata dalam bekas

  • Tambah susu segar kdalam bekas telur dan kacau sehingga gula larut

  • Masukkan garam
  • Tapis bancuhan
  • Panaskan air kukusan
  • Sediakan bekas2 kecil...bubuh sedikit gula hangus kedalam acuan
  • Kemudian masukkan bancuhan yang dtapis td kdalam bekas yg ada gula hangus
  • Susun kdalam kukusan dan kukus selama 30minit
  • Ini cara kukus . Cara lain..steam bath..bakar dalam oven.

Wednesday, June 23, 2010

Gulai cili api nangka muda

Gulai nangka ngan ikan bilis je.... Nangka muda baru dpetik kat belakang umah...sbiji .. besar gak...siap gulai bagi2 kat jiran...tggal smangkuk.. cukup lah.. nak makan 4org je..malam kang lum tau makan ke x.. yg lain kt asrama (masa tangkap gambar ni...)
ni lah jodoh sejati ...gulai cili api sayur kampung ...goreng ikan masin boleh tambah goreng berlado ikan .dlm posting ni..ikan kembong/mambong.
...Itu lah cara Kakenchom...

Pes sambal ...pelbagai guna


Atas permintaan , kakenchom terpanggil untuk memuatkan posting ini . Cara nak menyediakan Pes sambal...Ia memudahkan kerja2 memasak bg mereka yg bekerja dan masih minat untuk memasak utk suami dan keluarga..syabass.. Kchom ucapkan pada mereka. Pes ini disediakan pada hujung minggu ..dsimpan dln peti ais dan boleh dgunakan sepanjang minggu berikutnya. Macam tulah Kchom masa bekerja dulu,ada pembantu untuk jaga anak saje,masak memasak Kchom buat sendiri.

Bahan2: 200gm cili kering ...dgunting..drendam..bilas..buang sikit bijinya...dblend halus bersama 2 labu bawang besar n 5 ulas bawang putih n belacan sbesar ibu jari.

Panaskan 1 mangkuk minyak masak..masukkan bahan siap dblend td..jerang atas api sederhana sambil dkacau hingga terbit minyak..ini bermakna kandungan air nya da kering...perisakan garam...kecilkan api n masak sambil dkacau sehigga garing (bukan kering /hangus).

Sejukkan n simpan dalam bekas bertutup.. dsimpan dlm peti ais sehingga dperlukan.

Kegunaan: Untuk sambal tumis udang atau sotong anda perlu ambil pes siap ini ikut citarasa kepedasan anda ...tambah sedikit air asam jawa ...tambah sotong/udang dan hirisan bawang besar...perisakan garam/gula ..balik2kan sebentar saje..siap untuk dhidang.

Untuk menggoreng mee/mihun :Tumis sedikit bawang kecil n putih..tambah perencah ayam/daging/udang/sotong...tambah pes (ikut citarasa pedas)...sedikit air..kicap..masukkan mee/mihun...sayuran (sawi/tauge/kobis/kucai).Perisakan semula dgn kicap/garam/cili sos.

Untuk asam pedas : Rebus air dlm periok ikut kesesuaian bahan...tambah pes (ikut citarasa pedas)..tambah sedikit halia (dtumbuk) daun kesum,bunga kantan,air asam jawa...masukkan ikan....perisakan garam nya. Tambah terung/bende ikut suka..sayur empuk padamkan api..sedia dhidang.Jika anda suka asam pedas pekat, kurangkan air rebusan...Kakchom suka makan lauk asam pedas bersama2 keropok ikan/malinja/popedum.

...Itu lah cara Kakenchom...

Tuesday, June 22, 2010

Kerabu sotong

gambar xcantik..sepatut nye hidang dlm piring putih..xbelajar fotografi..xpelah ek janji kerabu eh sodap
Bahan utama sotong basah dbersih n dcelur sbentar, ulaman ikut suka..dlm pic daun kunyit,serai,ulam raja ,daun selom,karot.semua ulaman dhiris halus


tambah bawang besar dhiris halus,nak pedas hiris cili api. Gaul rata.Perisakan dengan garam n air lemon atau air limau nipis/kasturi...ikut suka.
..itulah cara kakenchom..

Monday, June 21, 2010

Pemanggang ayam golek...tinggal kenangan

Bro besi ni djemput k premis kakenchom d Lot 610 Tmn Seri Rembau pada Disember 2000 beberapa hari sebelum Ramadhan,sebagai rakaniaga kchom. Nama bro ni Pemanggang ayam golek.Penggolek ayamnye xsempat posing. Dulu2 cantik lah ckit,xlah bocor kt bawah2.
ni lah segala nadi penggerak nye menggunakan elektrik

dari jarak dekat


tempat sangkut penggolek nye ..da berkarat da tua. .10 tahun
Kchom xajak bro ni berniaga lagi ..daa lame dah, da bnyak die berjasa dan berjalan.
Mula operasi Ramadhan Disember 2000 d depan rumah,thn 2001 sambutan hari peladang prkt neg d padang MDRembau.Paling xdapat d lupakan..Bro besi memanggang 100ekor ayam/hari selama 4hari n malam..selain menu lain yg kchom sediakan termasuk nasi ayam.Ramadhan 2001 drumah. Pesta Port Dickson 2002 join juga tp rezeki kurang cantik,pergi pulak karnival d Bahau..pun xcantik.Ramadhan 2002 cam biase kt rumah.Hari Raya klu ade sedara dtg ramai2 Bro ade keje lah.Atas sebab2 tertentu Bro besi lame berehat.Sekarang Ramadhan hampir tiba Kchom rase nak memanggang semula..tp boleh ke ? sape nak tolong ? Bro da tua pengganti belum dpinang lg..baru . .m e r i s e k.. ntah lah.


Dah banyak posting lauk pauk.. kuih muih.. ni Kakenchom nak bagi pembasah tekak pulak.. Nak buat air fruit cocktail atau air bandung special ...sesekali kenduri bagi lah tetamu minuman special ckit..

beratur..tunggu giliran nak masuk tong air... 4set untuk 200 org
Bahan : 3botol air mineral (5.5 L) ..2botol sirap perisa ros F&N (xsempat posing da terjun dlm tong)..8tin susu cair..4tin fruit cocktail(besar)..4tin jagong cream style..4tin kacang merah(red kidney bean)..air batu secukupnya (cube/tube atau hancur)
Bancuh semua dalam bekas...bubuh ais apabila majlis hampir bermula.(Kenduri pada Hari Raya Qurban 2009)
....Itu lah cara Kakenchom....

Sesekali rindu nak makan sadin..


Sambal tumis sadin..sadin cap ayam tau ..buat pedaaassss2 lebihkan asam keping ,bawang besar potong bulat2 pun banyak ..baru power..xyah wat lauk lain.
..tu lah cara kakenchom..

Lagi gulai sayur kampung..jantung pisang



ini jantung pisang..yg sedap jantung pisang kapas, jantumg pisang nangka kelat xsedap dbuat gulai


buang kulit jantung berwarna maroon

yang tinggal hanya yang putih


dalam bekas bubuh air campur satu sudu garam dan asam keping
utk merendam sayur jantung yg d racik2 halus supaya xlebam



anda llihat...nampak segar





sayur jantung siap d gulai cili api ,nampak segar dan tidak lebam





Sunday, June 20, 2010

Cuaca panas ..sayur petola menyejukkan badan..

Sayur petola sagi atau sanding namanye ,bukan nak mengajar yg same waktu ngan kakchom tp anak2 .Petola, selain menyejukkan badan,ia juga menurunkan kadar kolestrol dan tekanan darah tggi.

Guna pisau khas tu untuk membuang kulit petola yg agak kesat.. dr atas ke bawah tau ! seronok kruk kruk bunyi nye.

tapii..kate arwah abah jgn sampai botak..yg tggal ckit2 tu elok 4 ur digestive system.



haa..camni lah..potong serong2 sikit ade seni..nak nipis pun boleh




ni bahan tumis..bawang kecil,putih dan rencah udang kering lebih sedap dr bilis


selain sayur petola,fucuk dan suhun juga menyejukkan,elok lah kite meriahkan hidangan ini dengan ketiga2 nye. fucuk dan suhun d rendam dulu ,dik oii..
100gm fucuk..50 sen suhun

cara nya sangat mudah:dgn sedikit minyak tumis bahan tumis,masukkan air anggaran sesuai dgn bahan,biar menggelegak dulu baru masukkan petola , garam. agak2 separuh masak petola masukkan fucuk dan suhun,biarkan sebentar supaya ketiga2 mesra , petola, fucuk dan suhun lembut,tutup api.Kalau suka boleh juga tabur daun sup dan bawang goreng.
Itu lah cara kakenchom !









Saturday, June 19, 2010

Simple n healthy...ringkas dan berkhasiat..STEW daging


500gm daging,2bj kentang,1btg karot.1labu bawang besar yg besar,halia sebesar ibu jari,lada hitam ikut suka,daun sup,bawang goreng(xsempat posing)


Gelegakkan air sepadan dgn bahan2,masukkan daging dan halia tutup periuk dan kecilkan api,rebus sehingga daging empuk.normalkan semula api masukkan lada hitam,kentang, hampir empuk tambah karot dan bawang besar,perisakan garam.bila semua dah empuk padam api dan bubuh daun sup dan bawang goreng.
Itu lah cara kakenchom.Resepi dr arwah Abah.